Thursday, 21 May 2015

Reflection Week 5


Reflection on
week 5
power point





Tajuk pembentangan pada Minggu ke-5 ini ialah “Microsoft PowerPoint” yang dibentangkan oleh Izrul Azmi dan Wong Wai Khet.
Perisian ini selalu menjadi pilihan orang ramai dalam pembentangan atau persembahan idea. Bagi saya, saya selalu menggunakannya dalam menyampaikan konsep kepada pelajar dalam dewan kuliah yang besar di tempat kerja saya. Maka, saya percaya kemahiran asas untuk menggunakan perisian ini bukan satu masalah kepada semua rakan dalam kelas ini. Jadi, rakan kami memperkenalkan beberapa kemahiran yang lebih “advanced” supaya dapat memperkayakan persembahan slaid sewaktu pembentangan.

Sesi pembentangan perisian ini dijalankan selari dengan aktiviti “hands-on”. Kami mendengar penerangan, melihat tunjuk cara, dan mencuba kemahiran baru itu serentak untuk mempertingkatkan kompetensi dalam menggunakan Power Point. Kemahiran yang saya belajar pada sesi ini membolehkan saya menghasilkan satu pembentangan yang seolah-olah video yang penuh dengan animasi dan pergerakan yang saya ingini. Jadi, saya rasa hasil pembelajaran hari ini dapat membantu saya menghasilkan “Multimedia Show” yang lebih menarik dalam program kolej pada masa akan datang.


Di sini, saya lampirkan bahan rujukan untuk anda mencuba. Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment