Reflection on
week 4
webpage
Tajuk pembentangan pada
Minggu ke-4 ini ialah “Webpage” yang disediakan oleh Umi Nur Izzeti dan Thiru
Kumari. Mereka mengajar kami membina laman web melalui www.weebly.com.
Di sini, saya lampirkan
bahan rujukan untuk anda supaya dapat sama-sama belajar membina laman web untuk
kegunaan masing-masing.
Sebelum bermulanya sesi
pengajaran pembinaan laman web, saya teringat betapa susahnya saya membina
laman web sewaktu zaman universiti dulu dengan menggunakan kod program html.
Selepas diperkenalkan “weebly” oleh rakan, saya rasa betapa senangnya untuk
membina laman web sendiri melalui “weebly” tanpa bahasa komputer yang saya
kurang mahir.
Bagi saya, cara pembinaan
laman web melalui “weebly” sangat mesra pengguna. Ia tidak memerlukan
pengetahuan khas dalam bidang “programming”. Pengguna hanya memerlukan
pengetahuan asas penggunaan komputer seperti menaip, mencari imej, memuat turun
gambar, melayari video secara atas-talian, dan berkongsi dokumen melalui pautan.
Hanya ada satu kelemahan yang mungkin menyusahkan pengguna iaitu semua perkara
yang dibuat adalah secara atas-talian. Pengguna mesti mempunyai sambungan
talian internet yang berkualiti baru dapat melancarkan penggunaannya. Jadi,
dengan adanya kemahiran membina laman web sendiri, saya percaya bahawa saya
dapat berkongsi maklumat dari dunia maya ini kepada pelajar saya dalam pelbagai
bentuk seperti video, animasi, simulasi, latihan atas-talian dan sebagainya
supaya dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar.
0 comments:
Post a Comment