Reflection on
week 12
microsoft excel & camstudio
Tajuk pembentangan pada
Minggu ke-12 ini ialah “Microsoft Excel” dan “CamStudio”. “Microsoft Excel”
dibentangkan oleh rakan kami Noranisya dan Arshnah manakala “CamStudio” pula diperkenalkan
oleh pensyarah kami, Cik Hajjah Asmayati.
Sesi pembentangan bermula
dengan penggunaan yang asas “Microsoft Excel”, iaitu pengiraan purata,
penambahan, mencari minimum dan maksimum bagi data markah yang dibekalkan. Diikuti
dengan pelabelan grad berdasarkan markah dengan menggunakan formula “LOOKUP”
dan “VLOOKUP”. Kemahiran ini amat berguna dan memudahkan kerja kami sedangkan kebanyakan
daripada kami merupakan guru di sekolah, jadi memang memerlukan kemahiran ini
sempena analisa keputusan pelajar.
Selepas belajar bahagian
analisa data, kami juga belajar melukis graf. Terdapat banyak jenis graf yang
disediakan dalam perisian ini dan semua komponen dalam graf boleh ditentukan oleh
kita mengikut kesesuaian, termasuk tajuk graf, skala paksi, petunjuk, jenis
titik, garisan lurus, formula graf dan sebagainya.
Di sini saya lampirkan
bahan rujukan daripada pembentang.
Setelah habis slot “Microsoft
Excel”, pensyarah kami menunjukkan cara untuk mengaplikasikan “CamStudio”. Ia
merupakan satu perisian yang dapat merekodkan segala aktiviti pada skrin komputer
dan juga audio dalam bentuk paparan video. Bagi saya, saya akan menggunakannya
untuk membina video bagi pengajaran kuliah, dengan suara rekod penerangan saya
bagi nota kuliah itu. Ini amat membantu saya dan juga pelajar. Jika ada urusan
rasmi atau cuti sakit yang tidak membolehkan saya hadir kelas, saya boleh minta
pensyarah pengganti untuk menayangkan video tersebut, seolah-olah saya yang hadir
untuk mengajar mereka. Di sini, saya ingin lampirkan contoh yang disediakan
oleh senior sebelum ini. Beliau menggabungkan aplikasi perisian ini bersama dengan
webcam pada komputernya.
0 comments:
Post a Comment