Reflection on
week 2
google drive
Minggu ke-2 ini merupakan satu
permulaan kepada kami semua untuk belajar dalam kelas SKP 6024. Minggu pertama
hari itu hanya sekadar pengenalan kepada perancangan kursus ini.
Cik Hajjah Asmayati telah
memulakan kelas dengan memperkenalkan “Google Drive” kepada kami semua. Mungkin
ada antara kami yang biasa menggunakannya, tetapi ada juga yang tidak pernah
menggunakannya. Aplikasi yang kami belajar hari ini ialah seperti berikut:
- Membuka akaun G-mail
- Belajar menggunakan “Google Shared Document”
- Belajar membuat “Online Survey Form”
Setelah beberapa kali
aktiviti “hands-on”, akhirnya kami berjaya belajar menggunakan “Google Shared
Document”, di mana saya boleh menaip pada sesuatu “word document”, dan rakan
yang saya kongsi dokumen itu juga dapat nampak apa yang saya sedang menaip. Ini
amat membantu kami apabila perlu menglengkapkan tugasan secara berpasangan
ataupun berkumpulan.
Bagi “Online Survey Form”
pula, disebabkan saya kerap gunakannya semasa di KMM dulu, jadi agak senang
bagi saya belajarnya. Saya juga telah membina satu “online survey form” untuk
dinilai oleh anda dalam blog saya. Jadi, harap anda dapat memberi kerjasama
untuk menjawabnya.
Selepas belajar “Google
Drive”, kelas diteruskan dengan cara menghantar tugasan dalam laman web MyGuru2.
Hajjah telah menunjukkan cara untuk hantar link dan URL bagi tujuan
penghantaran tugasan. Bahagian yang perlu diutamakan ialah di “sharing setting”.
Kami mesti pastikan dokumen tugasan yang dihantar adalah dikongsi dengan
keadaan “Anyone who has the link can view this file”. Terima kasih Hajjah yang
mengambil kira kelemahan kami dalam hal penghantaran tugasan ini.
0 comments:
Post a Comment