Wednesday 20 May 2015

Reflection Week 3

Reflection on
week 3
BLOGSPOT




Minggu ke-3 ini merupakan kelas pertama yang dikendalikan oleh rakan-rakan untuk memperkenal dan membentangkan bagaimana untuk menggunakan sesuatu perisian komputer.


Tajuk pembentangan pada minggu ini ialah “Blogspot” yang dipersembahkan oleh Norhuda dan Siti Fasihah. Mereka telah menyediakan bahan dalam bentuk PowerPoint untuk rujukan kami semua.

Kali ini merupakan kali kedua saya belajar membina blog melalui www.blogspot.com. Saya masih ingat lagi kali pertama saya belajar ialah dua tahun sebelum ini, iaitu hari pertama saya lapor diri di tempat kerja baru, iaitu tempat kerja sekarang, Kolej Matrikulasi Perak. Tetapi disebabkan suasana yang baru pada masa itu, saya langsung tidak dapat ingat kemahiran yang saya belajari pada seminar pembinaan blog tersebut. Jadi, hari inilah yang saya betul-betul belajar macam mana menggunakan blog untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya mendapati bahawa blog ini merupakan satu pendekatan yang maya yang perlu diwujudkan dalam kalangan guru atau antara guru dan pelajar. Guru boleh memuatnaikkan bahan pengajaran atau bahan pembelajaran yang digunakan dalam kelas dan berkongsi bahan atau pengalaman dengan guru yang lain. Pada masa yang sama, pelajar boleh mengikuti perkembangan pembelajaran berdasarkan bahan yang disediakan oleh guru dalam blog. Guru juga dapat membekalkan pautan yang sesuai untuk dilayari oleh pelajar agar dapat menimba ilmu di luar buku teks atau buku rujukan yang kerap dianggap bosan.

Jadi, blog ini bukan sahaja dibina untuk memenuhi kehendak tugasan kursus, tetapi juga akan terus digunakan untuk tujuan pnp saya di peringkat matrikulasi bagi memudahkan rujukan pelajar saya nanti. 

Di sini, tidak lupa juga saya berkongsi bahan rujukan yang disediakan oleh rakan saya untuk rujukan semua.

0 comments:

Post a Comment