Reflection on
week 11
movie maker & chemsketch
Tajuk pembentangan pada Minggu ke-11 ini ialah “Windows Live Movie Maker” dan “ChemSketch”. “Windows Live Movie Maker” dibincangkan oleh Nurul Junaida dan Nur Hanani manakala “ChemSketch” pula dibentangkan oleh saya dan Sabrina.
Tujuan kami belajar
penggunaan perisian “Windows Live Movie Maker” adalah untuk membina video klip untuk
tujuan pengajaran ataupun persembahan multimedia sempena program ataupun
aktiviti di sekolah. Penggunaan “Windows Live Movie Maker” adalah mesra
pengguna di mana kami hanya perlu mengikut arahan yang tertera pada paparan
perisian untuk masukkan gambar-gambar yang diperlukan ataupun video klip yang
ingin ditayang. Setiap pertukaran antara gambar boleh disertakan dengan corak animasi
yang menarik. Video klip yang dimasukkan juga boleh disingkatkan ataupun
disunting ikut kehendak kami. Perisian ini mempunyai paparan yang hampir sama
dengan “Movie Maker”. Di sini, saya berkongsi bahan rujukan yang disediakan
oleh rakan pembentang. Selamat mencuba! Anda boleh membina video untuk menjadi
hadiah sempena hari ibu atau hari jadi kawan anda. Saya percaya orang yang
menerima hadiah ini akan terharu dengan usaha anda dan menghayati karya anda
itu.
Untuk perisian “ChemSketch”
pula, ia merupakan satu perisian yang boleh dimuat turun secara percuma dan
membantu guru terutamanya untuk melukis alat radas kimia dan struktur molekul
bagi kimia organik. Di sini, saya senaraikan perkara yang telah dibentangkan.
- Melukis struktur molekul
- Melukis struktur Lewis
- Menunjukkan struktur molekul dalam bentuk 3D
- Mendapat penamaan bagi sesuatu molekul yang dilukis
- Menulis persamaan tindak balas kimia dengan keadaannya
- Melukis gambarajah profil tenaga
- Melukis alat radas amali
- Melukis gambarajah orbital
Dan banyak lagi fungsi
yang tertera dalam perisian ini. Di sini, saya berkongsi bahan rujukan untuk
penggunaan ChemSketch ini. Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment