Thursday 21 May 2015

Reflection Week 7

Reflection on
week 7
powtoon



Tajuk pembentangan pada Minggu ke-7 ini ialah “PowToon” yang disediakan oleh rakan kami iaitu Rosnani dan Shafiza Hanim.

“PowToon” merupakan satu alat atas-talian yang memudahkan kami menyediakan persembahan video atau pembentangan dalam bentuk kartun yang menarik. Alat ini perlu diaplikasi melalui atas-talian. Segala slaid yang disediakan akan disimpan dalam “cloud” di bawah PowToon. Anda boleh cuba melalui www.powtoon.com

Saya rasa pembentangan yang menarik ini dapat membantu menarik perhatian pelajar terutamanya kandungan yang disampaikan itu kurang diminati oleh pelajar. Persembahan yang comel dan menarik ini dapat mengekalkan konsentrasi pelajar sementara waktu daripada mereka rasa mengantuk atau termenung. Satu sahaja kelemahan alat ini ialah satu pembentangan hanya terhad kepada 20 slaid. Jadi, jika anda mempunyai banyak bahan yang ingin berkongsi melalui Powtoon, anda harus memecahkannya kepada subtopik yang kecil supaya tidak melebihi had tersebut.

Selamat mencuba! Klik di sini.

0 comments:

Post a Comment