Reflection on
week 6
mendeley & prezi
Tajuk pembentangan pada
Minggu ke-6 ini ialah “Mendeley” dan “Prezi”. “Mendeley” dibincangkan oleh
seorang senior jemputan manakala “Prezi” dibentangkan oleh rakan kami Wan
Noraziean dan Norshima.
Untuk penggunaan “Mendeley”,
kami diminta untuk memuat turun perisian ini secara percuma dari internet.
Tujuan kami belajar perisian ini adalah untuk memudahkan kami menulis bahagian
rujukan dalam projek akhir kursus ataupun tesis.
Senior yang dijemput ialah
seorang cikgu yang mengambil semester 3 sekarang. Dia telah menerangkan
bahagian-bahagian yang penting dalam penggunaan perisian ini dan kegunaannya.
Selepas penerangan yang diberi dan aktiviti “hands-on”, saya mendapati bahawa
perisian “Mendeley” ini sangat berguna dan memudahkan saya dalam beberapa
perkara seperti yang disenaraikan berikut:
- Memudahkan saya menyimpan bahan bacaan yang dirujuk
- Membolehkan saya membuat catatan semasa membaca sesuatu petikan
- Membantu saya untuk mencari semula di mana saya berhenti membaca bagi sesuatu petikan itu
- Membantu saya menulis rujukan dalam gaya APA
- Membantu saya membina senarai jadual atau gambarajah
dan banyak-banyak lagi
yang akan memudahkan saya melengkapi laporan projek akhir nanti.
Kemudahan yang sedia ada
dalam perisian ini memang memenuhi keperluan seseorang pelajar yang tengah
menulis tesis. Sebelum saya belajar perisian ini, semua senarai jadual dan
senarai rujukan dalam kertas cadangan saya adalah dibuat secara manual, di mana
saya perlu mencari semula penulis yang saya rujuk dan di muka surat berapa
setiap jadual atau gambarajah yang saya letak dalam laporan. Tetapi dengan
adanya “Mendeley”, saya telah menjimatkan masa dalam melengkapkan
bahagian-bahagian yang dikatakan di atas.
Kelas diteruskan dengan
pembentangan perisian “Prezi”. Sebelum kami memulakan slot pembelajaran, kami
diminta untuk memuat turun perisian Prezi yang percuma atas-talian. Sama
seperti blog atau “weebly” yang sebelum ini, perisian ini hanya dapat berfungsi
dengan baik jika pengguna berada dalam liputan internet yang berkualiti tinggi.
Sedangkan perisian yang kami guna ini adalah percuma, jadi ia hanya versi
percubaan yang dapat berkekalan selama sebulan.
Bagi saya, “Prezi” merupakan satu perisian yang
dapat membantu saya untuk menghasilkan pembentangan yang mampu menarik
perhatian para hadirin. Bahagian “Prezi” yang berbeza dengan Microsoft Power
Point ialah “Prezi” telah siap sedia dengan latar belakang dan animasi yang
menarik bagi template yang dipilih. Dalam setiap slaid itu, nota, gambar, video,
ataupun audio dapat dimasukkan. Di
sini, saya lampirkan bahan rujukan supaya anda juga dapat bersama-sama belajar
untuk menggunakan perisian ini.
Berikut merupakan contoh penggunaan Prezi yang saya sediakan untuk tujuan pembentangan kursus yang lain.
0 comments:
Post a Comment