Reflection on
week 8
Tajuk pembentangan pada
Minggu ke-8 ini ialah “Microsoft Publisher” yang dibentangkan oleh rakan kami Athiletchumy
dan Sugitha.
“Microsoft Publisher”
merupakan salah satu perisian dalam “Microsoft Office” yang biasa digunakan
untuk menghasilkan iklan, banner, kad perniagaan, kalendar, kad jemputan dan
sebagainya. Hari ini, rakan kami telah mengajar beberapa kegunaan yang biasa
iaitu
- Brochure
- Greeting card
- Business card
- Newsletter
- Calendar
Bagi saya, perisian ini
amat membantu apabila kami sebagai guru ini diminta untuk menghasilkan “brochure”,
“flyers”, pamplet, buletin ataupun tentatif program sempena program ataupun
majlis di sekolah. Perisian ini telah bersiap sedia dengan format yang sesuai dengan
lipatannya. Kita boleh memilih untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk hasil
yang diingini.
Bagi penghasilan kalendar
pula, anda boleh memilih format kalendar yang diingini sama ada yang berbentuk
bulanan, mingguan ataupun harian. Jika anda tidak puas hati dengan reka bentuk
buku perancangan tahunan (planner) yang sedia ada di pasaran, anda boleh mereka
cipta buku perancangan sendiri yang terunggul!
Di sini, tidak lupa juga
saya berkongsi bahan rujukan untuk anda belajar “Microsoft Publisher” ini.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment